TEST
testing Sebuah media tempatan telah menyiarkan satu artikel berkenaan bancuhan susu dalam air mineral. Ia dikatakan bahaya kepada buah pinggang dek kerana campuran susu formula dan air mineral mengandungi garam (sodium) yang tinggi. Adakah ini benar? IANYA MITOS SEMATA-MATA! Mari kita lihat dan fahami keperluan garam (sodium) bayi seharian dan bandingkan dengan kandungan dalam susu dan air mineral. Oleh kerana sodium adalah penyebab utama kerosakan buah pinggang dalam mitos ini, kita tumpukan pada kiraan sodium. Had pengambilan sodium pada bayi berusia kurang satu tahun ialah 400mg/hari. Manakala 1-3 tahun pula lebih sedikit iaitu 800mg/hari. Kita jadikan 400mg sebagai had ambilan harian dalam kes ini. Menurut kajian kandungan air mineral di Malaysia pada 2012, kandungan sodium dalam air mineral berpurata antara 0.01mg/L hingga 10.68mg/L. Perhatikan dalam gambar unit asal ialah mg/LITER, maka 10.68mg/L adalah bersamaan dengan 0.01068mg/ml. Ini bermakna satu ml...